Penyakit ini boleh sembuh jika dirawat dengan segera. Namun begitu, jika seseorang pesakit itu tidak dirawat dengan segera dan menghidapi penyakit tersebut dengan serius, mungkin boleh berlaku kematian.
Antara tanda-tanda penyakit Leptospirosis adalah:
- Anda mengalami demam pada awalnya diikuti dengan menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
- Mengalami batuk yang tidak berkahak.
- Merasa loya, muntah dan cirit-birit.
- Sakit di bahagian sendi, tulang, sakit tekak dan perut.
Anda yang merupakan golongan berikut adalah berisiko menghidapi penyakit ini:
- Jika anda bekerja atau bidang tugas yang terdedah kepada panas seperti petani, doktor haiwan, penternak/peladang, pekerja sistem pembentungan, pekerja rumah penyembelihan haiwan ternakan atau tentera.
- Anda yang melakukan aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
- Anda yang terdedah kepada binatang peliharaan di rumah seperti anjing, binatang ternakan untuk tujuan penyembelihan dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
No comments:
Post a Comment